SHENZHEN, China, 24 April 2026 /PRNewswire/ -- HUAFA SNOW BONSKI Cup - Kejohanan Ski Alpine Tertutup Asia Pertama FIS dibuka secara rasmi pada 23 April 2026 di Qianhai Snow World, Shenzhen, China. Sebagai pertandingan luncur ski alpine tertutup pertama China yang diperakui oleh Persekutuan Ski dan Luncur Salji Antarabangsa (FIS), acara ini mempersembahkan pencapaian penting dalam pembangunan sukan musim sejuk yang kompetitif di luar wilayah musim sejuk tradisional negara ini. Atlet junior elit dari 12 negara dan wilayah berkumpul di Shenzhen bagi mempersembahkan pertandingan bertaraf tinggi yang menggabungkan kecemerlangan teknikal dengan keterlibatan antarabangsa yang mantap.
Kejohanan ini dianjurkan di Qianhai Snow World, iaitu pusat ski tertutup pertama China dengan cerun profesional yang memenuhi piawaian ketat FIS. Dibuka secara rasmi pada 29 September 2025, pada masa ini tempat ini merupakan kubah ski terbesar di dunia dan, bersama-sama Guangzhou Indoor Ski Resort, membentuk kluster luncur ski tertutup terbesar di China Selatan. Meliputi keluasan kira-kira 100,000 meter persegi, pusat ski ini mempunyai lerengan menegak setinggi 83 meter serta lima laluan ski yang direka secara profesional bermula daripada tahap pemula hingga tahap lanjutan. Dua lif kerusi (chairlift) empat tempat duduk berkelajuan tinggi dan lima 'magic carpet' menyokong operasi yang cekap, selain menyediakan persekitaran bertaraf antarabangsa yang stabil untuk latihan dan pertandingan.
Selain pencapaian olahraga, acara ini menyaksikan fasa baharu kerjasama Shenzhen-Hong Kong dalam memajukan sukan musim sejuk di seluruh Kawasan Teluk Besar. Selepas majlis pembukaan, Persatuan Ski Hong Kong, China (SAHK), dan Persatuan Ski Shenzhen bertukar-tukar plak serta memperkenalkan pejabat SAHK Shenzhen yang menandakan peralihan daripada kerjasama ad hoc kepada perkongsian berstruktur yang memberi tumpuan kepada acara, pembangunan bakat serta standard bersama. Kerjasama ini membantu membina rangkaian sukan musim sejuk yang terhubung rapat di selatan China, diperlihatkan dalam pertandingan belia yang semakin bertambah, liga kelab ski GBA yang kian berkembang serta hubungan lebih kukuh antara pusat peranginan di Shenzhen, Guangzhou dan Zhuhai.
Memandang melangkaui China Selatan, Shenzhen dan Hong Kong muncul sebagai enjin Asia-Pasifik baharu untuk sukan musim sejuk, disokong oleh rangkaian antarabangsa Hong Kong serta kekuatan industri dan inovasi Shenzhen. Bertepatan dengan Tahun APEC China pada 2026, kejohanan ini menawarkan platform antarabangsa yang menonjolkan keterbukaan China, keupayaan penganjuran serta pengaruhnya yang semakin berkembang dalam sukan musim sejuk global. Dengan atlet muda memanfaatkan pertandingan sebagai jambatan pertukaran, acara ini menekankan bagaimana China Selatan menyumbang dimensi yang tersendiri dan kian berkembang kepada landskap sukan musim sejuk global.
Untuk maklumat lanjut, sila layari HUAFA SNOW BONSKI di Instagram/Facebook.
SOURCE HUAFA SNOW BONSKI
Comments