ATxEnterprise 2026 Beri Isyarat Peralihan Asia Tenggara daripada Eksperimentasi AI kepada Pelaksanaan Perusahaan

prnewswire01:07

SINGAPURA, 23 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Peralihan Asia Tenggara daripada cita-cita AI kepada penerimagunaan perusahaan dunia sebenar menjadi tumpuan utama minggu ini di Asia Tech x Enterprise (ATxE) 2026, sebahagian daripada Asia Tech x Singapore (ATxSG) yang dianjurkan bersama Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Informa Festivals. Diadakan di Singapore EXPO, acara itu menyaksikan lebih 120,000 interaksi perniagaan dan barisan peserta pameran serta penceramah antarabangsa sebanyak 55% dari seluruh Asia Tenggara, Greater China, Jepun, Eropah dan Amerika Utara. Ini memperkukuh peranan Singapura sebagai gerbang strategik yang menghubungkan inovasi global dengan ekonomi digital Asia yang sedang berkembang.

Continue Reading
Policymakers, enterprise leaders, and global technology players converged at ATxE 2026 (PRNewsfoto/Informa Festivals)

ATxE 2026 mencerminkan perubahan pasaran yang lebih luas di seluruh rantau ini. Perusahaan kini telah melangkaui fasa eksperimentasi dengan AI kepada pengintegrasian AI dalam strategi perniagaan jangka panjang mereka. Dengan lebih 700 peserta pameran merentas 35 pavilion, ATxE menghimpunkan syarikat, sektor dan teknologi untuk meningkatkan pertumbuhan dalam AI, awan, keselamatan siber, satelit, media dan infrastruktur digital.

Lebih 450 penceramah — termasuk penggubal dasar dan pemimpin industri — berhimpun di ATxE 2026. Selain syarikat global seperti Microsoft dan TikTok, acara itu turut menampilkan wakil daripada Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia serta duta dan pemimpin perdagangan dari Qatar, Arab Saudi dan Kesatuan Eropah. Para penceramah membincangkan peluang dan cabaran yang membentuk masa depan digital Asia Tenggara, daripada penggunaan AI berdaulat hingga kesalinghubungan serantau.

Penggunaan AI Melangkaui Sektor Teknologi 

Isyarat jelas peralihan ini ialah peningkatan penyertaan daripada industri bukan teknologi tradisional dalam menggiatkan usaha transformasi digital. Rantaian Bekalan, Logistik dan Pengangkutan merekodkan peningkatan +500% dalam pembeli perusahaan VIP, diikuti Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal (+320%), Runcit dan FMCG (+80%), Pembuatan (+37%) serta Perbankan dan Kewangan (+32%).

Permintaan rentas sektor ini mencerminkan sejauh mana penggunaan AI menjadi semakin kritikal kepada perniagaan. Proses rundingan ditunjangi oleh audiens berjawatan tinggi, dengan 71% peserta terdiri daripada pengurus atau individu berpangkat lebih tinggi. Bagi menyokong hasil perniagaan dan kerjasama rentas sempadan, acara itu memudahkan inisiatif rangkaian menerusi ATxConnect, Hosted Buyer Programme (Program Pembeli Hos) dan Startup Pitch Sessions (Sesi 'Pitch' Syarikat Pemula).

Memajukan Agenda Transformasi AI dan Digital Asia Tenggara 

Perbincangan memfokuskan asas yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan digital jangka panjang, termasuk kesiapsiagaan tenaga kerja, daya tahan siber, ekosistem digital dipercayai dan penyelarasan serantau.

Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan, Encik Tan Kiat How, mengetengahkan usaha Singapura untuk menjadikan AI bersifat praktikal dan mudah diakses oleh perusahaan, terutamanya PKS. Beberapa inisiatif diperkenalkan bagi menyokong penggunaan AI perusahaan dan daya tahan siber. Ini termasuk pelancaran AI for Enterprise Impact Playbook yang mengandungi pandangan daripada lebih 1,000 perusahaan untuk membimbing firma tempatan yang mempunyai keupayaan digital sedia ada mengenai langkah seterusnya dalam penggunaan AI. Kerjasama dengan Grab dan RSM Stone Forest IT turut diwujudkan bagi menyokong Pelan Tindakan Perusahaan Digital, satu strategi nasional yang membantu PKS mencapai pendigitalan menerusi sokongan daripada vendor teknologi yang mantap. Encik Tan turut mengumumkan SME AI Impact Awards 2026 sulung bagi menggalakkan lebih banyak PKS menggunakan AI.

"Aspek yang menonjol tahun ini ialah tahap penumpuan yang berlaku merentas industri, pasaran dan kumpulan kepimpinan," kata Joyce Wang, Pengarah Acara untuk ATxSG di Informa Festivals. "Perbualan kini tidak lagi tertumpu kepada sama ada penggunaan AI akan berlaku, sebaliknya bagaimana perusahaan dan kerajaan boleh menskalakannya secara bertanggungjawab, selamat dan kolaboratif di seluruh rantau ini. ATxEnterprise menjadi platform yang melaluinya perbualan ini diterjemahkan kepada kerjasama sebenar, penyelesaian praktikal dan hasil perniagaan yang boleh diukur."

ATxEnterprise akan kembali ke Singapore EXPO dari 26-28 Mei 2027.

Latar Belakang Asia Tech x Singapore (ATxSG)

ATxSG 2026 ialah acara teknologi terkemuka Asia yang dianjurkan bersama Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Informa Festivals, dengan sokongan Lembaga Pelancongan Singapura (STB)). Acara ini terdiri daripada dua segmen utama, iaitu ATxSummit dan ATxEnterprise.

Latar Belakang Informa Festivals

Informa Festivals menganjurkan beberapa perhimpunan teknologi paling berpengaruh di dunia termasuk London Tech Week, Africa Tech Festival dan Asia Tech x Singapore. Acara-acara ini menghimpunkan pemimpin global daripada perusahaan, kerajaan, syarikat pemula dan pelaburan untuk meneroka teknologi yang membentuk masa depan ekonomi digital. Informa Festivals merupakan sebahagian daripada Informa PLC, sebuah Kumpulan Acara Langsung B2B, Perkhidmatan Digital B2B dan Pasaran Akademik antarabangsa yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.informa.com/divisions/informa-festivals/

SOURCE Informa Festivals

Disclaimer: Investing carries risk. This is not financial advice. The above content should not be regarded as an offer, recommendation, or solicitation on acquiring or disposing of any financial products, any associated discussions, comments, or posts by author or other users should not be considered as such either. It is solely for general information purpose only, which does not consider your own investment objectives, financial situations or needs. TTM assumes no responsibility or warranty for the accuracy and completeness of the information, investors should do their own research and may seek professional advice before investing.

Comments

We need your insight to fill this gap
Leave a comment