NEW YORK dan BELLEVUE, Washington, 26 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Selama 80 tahun, setiap cip yang pernah dibina memindahkan data berulang-alik antara memori dan pemproses - menggunakan lebih 90 peratus kuasa tersedia sebelum satu pengiraan bermula. Sempena Hari Anker di New York hari ini, Anker Innovations mengumumkan bahawa ia telah menamatkan pendekatan itu untuk perkakasan pengguna. THUS™, cip AI proprietari pertama syarikat itu, melakukan pengiraan secara terus dalam memori NOR Flash, sekali gus menghapuskan pemindahan data sepenuhnya - seni bina pengkomputeran-dalam-memori (CIM) rangkaian-neural yang menurut syarikat merupakan yang pertama dikomersialkan dalam peranti pengguna. Produk yang mengaplikasikannya, soundcore Liberty 5 Pro, sudahpun menerima pensijilan Guinness World Records bagi skor kualiti pertuturan diukur secara objektif yang tertinggi dalam sejarah fon putik TWS. Anker menggelarnya "Earbuds That Think" ("Fon Putik Yang Berfikir").
THUS™: Mencabar Andaian Reka Bentuk Cip Berusia 80 Tahun
Setiap cip yang dibina hari ini berasal daripada seni bina yang diperkenalkan pada 1945 oleh ahli matematik John von Neumann. Logik khususnya ialah pecah dan perintah (divide and conquer): memecahkan sebarang masalah kepada langkah diskret, menterjemahkan langkah itu kepada kod dan melaksanakannya satu demi satu. Justeru itu, memori dan pemproses boleh dipisahkan secara fizikal. Program disimpan dalam memori; CPU mengambil satu arahan pada satu-satu masa, melaksanakannya dan berpindah ke arahan seterusnya.
AI memecahkan andaian itu sepenuhnya. Rangkaian neural tidak memecahkan masalah kepada beberapa langkah - ia memproses secara menyeluruh dengan menggunakan jutaan atau berbilion parameter yang dipelajari secara serentak. Setiap inferens memerlukan setiap satu daripada perimeter itu melakukan pergerakan secara berulang-alik antara memori dan pemproses. Dalam pusat data, pergerakan itulah kos kejuruteraan. Dalam peranti boleh pakai yang dikuasakan bateri bersaiz lebih kecil daripada kuku jari, ia menjadi penghalang besar: lebih 90 peratus kuasa cip digunakan hanya untuk memindahkan data.
Memperkenalkan Platform Cip AI THUS™
Jawapannya sudah lama wujud dalam alam semula jadi. Neuron dalam otak manusia tidak memisahkan tempat maklumat disimpan daripada tempat ia diproses - kedua-duanya berlaku pada tempat yang sama. THUS™ menggunakan prinsip yang sama pada silikon.
Daripada mengangkut parameter model secara berulang-alik antara memori dan pemproses yang dipisahkan secara fizikal, THUS™ membenamkan pengiraan terus di dalam sel memori NOR Flash. Parameter model tidak lagi perlu bergerak. Tenaga yang sebelum ini digunakan untuk pergerakan itu kini dialihkan kepada pengiraan sebenar. Pengkomputeran-dalam-memori berasaskan NOR Flash juga memerlukan hanya kira-kira satu perenam ruang fizikal alternatif berasaskan SRAM, menjadikannya berdaya maju untuk peranti pengguna yang sangat terhad ruangnya.
"Setiap cip AI yang dibina sehingga kini menyimpan model pada satu bahagian dan melakukan pengiraan pada bahagian lain. Untuk berfikir, peranti perlu membawa semua parameter itu, berkali-kali setiap saat bagi setiap inferens. THUS™ meletakkan pengiraan di tempat model itu sendiri berada. Model itu tidak lagi perlu bergerak."
- Steven Yang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Anker Innovations
Fon Putik Yang Berfikir: Produk Pengguna Pertama Menjalankan AI CIM THUS™
soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max ialah dua produk pertama yang dilengkapi cip THUS™. Kedudukan produk ini disusun berdasarkan tiga lapisan kecerdasan pada peranti yang didayakan oleh cip itu - memahami, menyesuaikan dan melaras - setiap satunya mewakili fungsi fon putik yang sebelum ini tidak dapat dilakukan secara meyakinkan sebelum AI rangkaian-neural menjadi berdaya maju pada skala ini.
Ia Memahami - Hubungi Dengan Bebas. Didengari Dengan Jelas. / Mesyuarat Berakhir Dengan Rancangan, Bukan Nota Yang Kucar-kacir.
Pada April 2026, soundcore Liberty 5 Pro menerima pensijilan Guinness World Records untuk "Skor kualiti pertuturan tertinggi (G-MOS) untuk fon putik TWS" dalam ujian objektif - bukti yang boleh diukur mengenai apa ertinya fon putik benar-benar memahami penuturnya. Liberty 5 Pro Max mempunyai perkakasan fon putik yang sama dan mencapai prestasi panggilan yang setara.
Di sebalik keputusan yang dicapai itu ialah sistem yang dibina secara berbeza dari peringkat asas. Fon putih konvensional bergantung hanya pada susunan mikrofon untuk memisahkan suara daripada bunyi - proses yang mana kedua-dua isyarat berkongsi medium (udara) yang sama, menjadikan pengasingan bersih semakin sukar apabila persekitaran akustik menjadi lebih bising atau kompleks.
Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max menggunakan matriks 10 penderia - lapan mikrofon MEMS dan dua penderia konduksi tulang – menyalurkan kepada model rangkaian-neural besar yang beroperasi sepenuhnya pada peranti melalui cip THUS™. Susunan MEMS merangkum keseluruhan persekitaran akustik; penderia konduksi tulang mengesan secara serentak getaran mekanikal pada tulang tengkorak penutur - isyarat yang terikat secara fizikal dengan suara penutur dan bebas secara struktur daripada bunyi bawaan udara. Cip THUS™ merujuk silang kedua-dua aliran secara serentak, menghasilkan pengasingan yang jauh lebih tepat berbanding yang boleh dicapai oleh sistem yang hanya berasaskan mikrofon. Hubungi Dengan Bebas. Didengari Dengan Jelas.
Pencatat-Nota AI (Liberty 5 Pro Max)
Liberty 5 Pro Max memperluas lapisan kefahaman kepada mesyuarat. Bekas pengecasnya - beroperasi melalui paparan AMOLED 1.78 inci - boleh merakam sesi tanpa telefon yang disambungkan, kemudian menghasilkan transkrip, pengecaman penutur dan item tindakan menerusi aplikasi soundcore. Memori kilat terbina dalam 512MB pada bekas itu menyokong sehingga 12 jam rakaman setempat; transkripsi awan memadam audio sebaik sahaja selesai, dengan fail tempatan disulitkan menggunakan AES-256 dan semua penghantaran dilindungi oleh TLS 1.3. Mesyuarat Berakhir Dengan Rancangan, Bukan Nota Yang Kucar-kacir.
Ia Menyesuaikan - Tumpuan Serta-Merta, Tanpa Tekanan Sepanjang Hari
Adaptive ANC 4.0 memantau bunyi luaran dan bunyi yang tinggal dalam telinga pada kadar 384,000 sampel sesaat, melaraskan kedalaman pembatalan pada masa nyata merentas pelbagai jenis bunyi - getaran mekanikal frekuensi rendah, ambien pejabat frekuensi sederhana, suara frekuensi tinggi - pada masa sama mengurus tekanan dalam telinga yang biasanya dihasilkan oleh ANC tahap tetap secara berterusan, sekali gus mengurangkan keletihan pendengaran bagi penggunaan jangka panjang. Dinilai sehingga 2x pembatalan yang lebih mendalam berbanding Liberty 4 Pro.
Ia Melaras - Bunyi Tulen, Sangat Tepat
HearID 5.0 membina profil EQ peribadi daripada ujian pendengaran dalam aplikasi. AI Sound Enhancement membina semula kandungan frekuensi yang hilang akibat pemampatan Bluetooth, memulihkan sehingga 65% kualiti audio yang biasanya dihapuskan dalam penghantaran tanpa wayar.
Kedua-dua model: sambungan Multipoint tiga peranti, Apple Find My, Google Fast Pair, tahan habuk dan air IP55 serta Bluetooth 6.1. Bateri: 6.5 jam dengan ANC diaktifkan, 28 jam keseluruhan bersama bekas pengecas.
Harga dan Ketersediaan
Liberty 5 Pro tersedia mulai hari ini pada harga RM 699 di Malaysia menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop dalam pilihan warna Pearl Blue, Pearl White, Midnight Black dan Rose Gold.
Liberty 5 Pro Max tersedia mulai hari ini pada harga RM 899 di Malaysia menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop dalam pilihan warna Titanium-Emas dan Hitam.
15 Tahun, Satu Janji
Siri Liberty 5 Pro dilancarkan sempena pencapaian penting Anker Innovations. Selama 15 tahun, Anker soundcore dipacu oleh satu janji: Mencari Inovasi Terunggul (Seeking Ultimate Innovation) dalam pengalaman audio yang disokong oleh keyakinan jaminan selama 18 bulan.
Latar Belakang soundcore
soundcore ialah jenama audio pintar di bawah Anker Innovations yang komited menyediakan pengalaman audio dan video imersif menerusi fon kepala tanpa wayar premium, pembesar suara Bluetooth dalaman dan luaran serta projektor definisi tinggi. soundcore ialah jenama fon kepala tanpa wayar No.1* di dunia berdasarkan jumlah penghantaran dalam kalangan jenama audio premium arus perdana. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.soundcore.com.
Latar Belakang Anker Innovations
Anker Innovations ialah syarikat teknologi pengguna global yang dipacu inovasi terunggul, menghasilkan produk yang membantu orang ramai mendapatkan kuasa, mencipta, berhubung dan menjalani kehidupan dengan lebih bebas. Ditubuhkan pada 2011, Anker Innovations menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200 juta pengguna merentas 146 negara dan wilayah. Ketahui lebih lanjut di anker.com.
Logo Anker ialah tanda dagang berdaftar Anker Innovations.
PENAFIAN
Kenyataan dalam siaran berita ini yang bukan kenyataan fakta sejarah mungkin termasuk kenyataan pandang ke hadapan mengenai peristiwa masa depan atau prestasi kewangan masa depan syarikat. Kami ingin mengingatkan anda bahawa kenyataan sedemikian hanyalah ramalan dan peristiwa atau keputusan sebenar mungkin banyak bezanya. Syarikat mengekalkan semua haknya.
[1] Semua angka prestasi adalah berdasarkan ujian makmal dalaman Anker. Angka kuasa pengkomputeran AI 150x digunakan khusus untuk tugas pembatalan hingar persekitaran dan mencerminkan peralihan daripada DSP berasaskan peraturan kepada pemprosesan AI rangkaian-neural. Ia bukan dakwaan prestasi umum dan tidak mencerminkan peningkatan nod proses.
soundcore Liberty 5 Pro diperakui oleh Guinness World Records pada April 2026 sebagai "Skor kualiti pertuturan tertinggi (G-MOS) untuk fon putik TWS (ujian objektif)."
[2] Sumber: Euromonitor International (Shanghai) Co., Ltd., dari segi jumlah penghantaran global fon kepala tanpa wayar bagi jenama audio premium arus perdana pada 2025; jenama audio premium arus perdana merujuk kepada jenama dengan ≥75% hasil daripada peralatan audio (fon kepala, pembesar suara dan sebagainya) serta memenuhi kriteria jenama berkualiti sederhana hingga premium dari segi harga, kedudukan jenama dan saluran pengedaran; fon kepala tanpa wayar ialah fon kepala yang dipadankan dengan peranti elektronik (telefon bimbit, komputer dan sebagainya) menggunakan teknologi sambungan tanpa wayar (contohnya Bluetooth); penyelidikan diselesaikan pada Mac 2026.
SOURCE Anker Innovations
Comments